Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.
Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.
Labels:
Lawak
dalam aku dok sj2 surf tenet.. terklik la kt lmn sesawang ni... lehla lyan bla kesunyian.. hahahha
LAWAK 1
Pekak...
Insiden antara dua manusia dimuka bumi....
mase otw balik umah...sorg pkcik kene thn ngn polis y buat rokblok...
polis : pakcik, boleh sy tgok LESEN?
pkcik : duit brape SEN en nk??sepoSEN??duapoSEN??
polis : ish..bukan pkcik...sy ckp...sy nk tgok lesen PAKCIK..
pkcik : terima kasih jela en...pkcik bukan nya budak keCIK...pkcik boleh balik sorang2...
polis : (garu helmet)..xpela..bg sy tgok kad PENGENALAN?
pkcik : LAN type writer tue???ish...pkcik memang minat dye tue...sore dye memang best...en pun minat dye ke???same la kite ye???(ketawa manje)
polis : (dalam hati)....gler ape warga mas nie....urm...pkcik nie rumah kat MANA?
pkcik : perna la dulu skali pkcik masuk ISTANA...sultan pgl pkcik...maklumla..pkcik nie tok bomoh hebat....hahha..
polis tue geram cam nk tembak je kpale pkcik tue,tapi sabar je...polis pun tnya satu lg soalan y bermain difikiran dye...
polis : pkcik nie PEKAK ye??
tanpe fikirkan ape2 pkcik tue pun jwb
pkcik : pkcik memang PEKAK pun.....
polis : &*@#><!..
LAWAK 2
Alahai menantuku….
Pak Kasim seorang yang tamak harta…dia menawarkan anak dara suntinya comel kepada golongan yang kaya raya sahaja…Suatu hari datanglah Seman,seorang usahawan muda ingin melamar anak Pak kasim.
Beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi dia malas untuk bersolat.Setelah 3 hari berkahwin…Seman masih duduk di rumah mertuanya.Setelah azan maghrib berkumandang…Pak Kasim mengajak Seman gelabah..Sebelum ini dia tidak pernah pun bersolat…..Lalu Seman pun masuk ke bilik untuk menemui isterinya “Ayang,,,macam mana ni..abang tak pernah sembahyanglah”Tak mengapa bang…abang ikut aje yang ayah buat “isterinya berbisik perlahan..Seman pun keluar untuk bersolat bersama dengan Pak Kasim .
Setelah Pak Kasim takbir...Seman ikut takbir…lalu Pak Kasim membaca surah Al-Fatihah ..”Bismillahirrahmannirahim….”Seman pun turut ikut sekali membaca bismillah dengan lantang “Bismillahirahmanirahim...”aisyh!pelik menantu aku ni.Mazhab mana yang dia ikut?setahu aku imam aje yang baca kuat…getus Pak kasim…Pak Kasim buat selamba.
Dia terus membaca surah al-fatihah.Seman pun turut membaca surah al-fatihah dengan kuat seolah-olah seorang budak yang baru nak berlajar mengaji.Pak Kasim pelik ….!?lalu dia terus berpaling ke belakang untuk melihat Seman.Seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah Pak Kasim.”Ish..gila ke menantu aku nih??”Pak Kasim berjalan untuk menjauhkan diri dari Seman.Seman turut berjalan mengikut jejak mertuanya itu.Pak Kasim terus melarikan diri dan menuju ke sawah di tepi rumahnya.Seman terus mengejar Pak Kasim sampai ke tepi sawah.
Tiba-tiba Pak Kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi.Seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir.Pak Kasim pun terus bertanya kepada Seman.”Seman,Mengapa engkau ikut aku sampai ke sawah ni?”ayah..susah juga nak solat maghrib ni.baru saya tahu..sampai kena berlari…”kata Seman kepada Pak Kasim..
Pak Kasim.. alahai menantuku..
Labels:
Lawak




