CINTA ITU MENYAKITKAN

Posted by Unknown On 31 January 2011 0 comments

Setiap orang mempunyai makna cinta yang tersendiri. Ada yang
kata, cinta itu menyakitkan dan jangan kau hampirinya. Tetapi, ada juga yang kata, cinta itu
mengasyikkan sehingga kau akan terbawa-bawa dengan ombak
asmaranya. Dan ada juga yang kata, cinta itu indah dan tiada ungkapan
yang dapat menyatakan maksud cinta yang sebenar. Bagi yang
mengatakan bahawa cinta itu menyakitkan, ianya memang benar.
Walau sepadan mana pun sepasang kekasih itu, akan ada juga masalah
yang timbul. Ianya boleh diibaratkan, langit tak semestinya
sentiasa cerah. Dalam berkapel ini, kita memang tidak boleh lari dari
masalah. Bahkan, kita sendiri yang perlu menghadapinya dan juga
menyelesaikan masalah tersebut. Kesakitan cinta ini makin terasa
ngilunya apabila sebuah pasangan itu hancur musnah. Apa yang
dijanjikan selama ini, menjadi dusta belaka. Ketika baru sahaja clash, 
semuanya menjadi tak kena. Semuanya dipersalahkan. Itu tak
betul, ini tak betul. Terasa diri ini dihimpit oleh sebuah keretapi dan
tiada siapa yang ingin menolong. Jadi, sekiranya anda ingin bercinta
dengan seseorang, ingatlah. Cinta ini tak semuanya indah. Dan anda
perlu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang
berlaku. Yang pasti, dalam percintaan akan ada pasang surutnya perhubungan. Cuma kita
tidak tahu, bila ia akan berlaku. Mungkin hari ini, esok, lusa dan bila-
bila masa..

-DOA SEORANG KEKASIH-

Oh Tuhan, seandainya telah Kau
catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan
Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik
buatku
Kerana Engkau tahu segala isi
hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu
Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa
Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai
Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri
Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala






0 comments:

Post a Comment